Syarat Am Kemasukan | 1. Warganegara Malaysia
2. Memiliki SPM atau setaraf
3. Lulus Bahasa Melayu 4. Lulus Matematik 5. Lulus Sejarah (SPM tahun 2013 ke atas) 6. Mendapat SATU (1) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran. 7. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
| |
Tempoh Pengajian | 4 semester | |
Kursus Yang Dipelajari? | 1. Perisian aplikasi, pemasangan komputer, asas pengaturcaraan dan etika digital dan keselamatan sosial. 2. Pangkalan data, rangkaian komputer, asas multimedia, pembangunan reka bentuk laman web dan pengenalan analisis dan rekabentuk sistem. 3. Pembangunan aplikasi mudah alih, Internet of Things (IOT), pengaturcaraan berorientasikan objek dan projek pelajar.
| |
Program ini direka bentuk bertujuan memperkenalkan pelajar kepada teknologi komputer dan rangkaian yang terkini. Pelajar akan memperolehi pengalaman bagaimana untuk menyediakan dan menyelenggara sistem komputer dan rangkaian. Pelajar berkemampuan untuk menguruskan projek berkenaan dengan komputer dan rangkaian. Program ini menawarkan modul teras Asas Pengaturcaraan, Asas Sistem Digit, Asas Elektrik dan Elektronik, Senibina Komputer, Asas Komunikasi dan Rangkaian, Pengenalan Pembangunan Laman Web, Sistem Pengoperasian Komputer, Pengenalan Pangkalan Data, Teknologi Rangkaian, Keselamatan Komputer, Pentadbiran Rangkaian, Baikpulih dan Penyenggaraan Komputer dan Pentadbiran Server. Pelajar juga akan diajar berkaitan dengan modul wajib yang mana akan membekalkan pelajar dengan kemahiran insaniah dan pembelajaran secara kendiri melalui tugasan dan projek. Lulusan daripada program ini akan bersedia bagi menyahut cabaran dunia sebenar dalam bidang Sistem Komputer dan Rangkaian.