PENGURUSAN MAKLUMAT & KORPORAT

Latar Belakang

Mempunyai 4 fungsi utama:
• Untuk mempromosikan penggunaan teknologi pengajaran dalam pengajaran dan pembelajaran di Kolej Komuniti Klang.
• Memberi pengalaman teori dan praktikal untuk pensyarah mengenai penyelidikan, reka bentuk, pembangunan dan penggunaan media pendidikan.
• Memberi komuniti dengan kepakaran dalam reka bentuk dan pembangunan program komunikasi dan multimedia.
• Memberi khidmat nasihat kepada Kolej Komuniti Klang dan memberikan maklumat yang sesuai mengenai reka bentuk dan pembangunan sistem audio-visual dan multimedia serta menyediakan spesifikasi teknikal untuk perolehan peralatan tersebut.

 

Penghasilan Multimedia
Unit Multimedia mempunyai peralatan, perisian dan perkakasan yang mampu menghasilkan persembahan yang kreatif dan inovatif untuk Kolej Komuniti Klang dan pihak lain. Kursus yang ditawarkan :
• Kursus Multimedia (Audio/Video/Fotografi)
• Kursus Multimedia Interaktif
• Kursus Rekaan Grafik


Penghasilan Video
Unit Multimedia berperanan menghasilkan video berkualiti dalam pelbagai format seperti video korporat, video program, video pengajaran dan pembelajaran.

 

Fotografi
Unit Multimedia menawarkan perkhidmatan profesional untuk fotografi digital dan konvensional. Bahagian fotografi kami dilengkapi dengan studio fotografi. Unit Multimedia mempunyai koleksi arkib fotografi Kolej Komuniti Klang dari aktiviti yang telah dilaksanakan di Kolej Komuniti Klang.


Rekaan Grafik Dan Desktop
Rekaan merangkumi penyediaan rekaan banner, poster, streamer dan lain-lain rekaan grafik. Selain itu khidmat percetakkan juga disediakan bagi membantu pensyarah dalam kelancaran proses pengajaran dan pmbelajaran dan program yang dianjurkan oleh Kolej Komuniti Klang.

 

Pengenalan

Pusat Sumber Pusat Sumber Kolej Komuniti Klang kini sedang menjalani usaha-usaha penambahbaikan untuk menjadi sebagai salah satu pusat informasi, sumber dan kajian. Para pelajar dan juga staf boleh mengakses sumber-sumber dari perpustakaan ini secara percuma. Di samping itu, ruang perbincangan, perkhidmatan rujukan serta perkhidmatan komputer berinternet turut disediakan bagi kemudahan pelajar.

 

Fungsi & Peranan

• Menjadi sumber rujukan utama kepada pelajar dan staf dalam pengajaran dan pembelajaran

• Mengemaskini koleksi buku-buku serta bahan-bahan rujukan lain yang diperlukan bersesuaian dengan peredaran masa