AKADEMIK & PENDIDIKAN BERTERUSAN

Pengenalan

Unit SSK merupakan unit akademik utama Objektif

• Melahirkan pelajar separa profesional yang bertanggungjawab dan berketerampilan bagi memenuhi keperluan sektor awam dan sektor swasta

• Mengarap kecekapan pelajar dengan memberi pengetahuan teori dan amali supaya mampu menangani pelbagai cabaran saintifik, berteknologi tinggi dan terkini

• Melahirkan pelajar yang mampu bersaing dengan peredaran masa dan perkembangan teknologi maklumat

• Memberi sumbangan kepakaran dalam bidang kejuruteraan bagi memajukan negara

• Menerapkan nilai-nilai murni bagi membentuk masyarakat yang berilmu, beragama dan berdisiplin Program-program yang ditawarkan

• Sijil Komputer & Rangkaian

 

Pengenalan Unit Pengajian Am

Unit Pengajian Am adalah unit akademik sokongan yang bertanggungjawab membantu unit akademik utama dalam mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran. Unit ini mempunyai misi yang penting bagi menyediakan pendidikan secara formal dan tidak formal bagi modul Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Aplikasi Komputer, Kemahiran Insaniah, Pengajian Malaysia, Workplace English dan juga Keusahawanan. Unit Pengajian Am mempunyai misi yang penting bagi melahirkan bakal tenaga kerja separa profesional yang berkeperibadian mulia dengan penerapan nilai-nilai Islam dan moral melalui proses pengajaran dan pembelajaran secara formal atau tidak formal.

 

Objektif

• Melahirkan individu yang berilmu pengetahuan , berketerampilan dan berakhlak mulia serta berkebolehan menggunakan Bahasa Inggeris secara praktikal dan dalam penulisan

• Memberi pendedahan agama dan moral serta melahirkan tenaga kerja yang berkebolehan, jujur, amanah serta bersahsiah mulia dan berperibadi profesional

• Meningkatkan kompetensi berkomunikasi pelajar-pelajar dalam Bahasa Inggeris Teknikal dan Perdagangan dalam memenuhi keperluan yang ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kementerian Pengajian Malaysia Kursus-kursus yang ditawarkan

• Pendidikan Islam

• Pendidikan Moral

• English For Technical Purposes

• English For Commercial Purposes

• Pengajian Malaysia


Pengenalan PSH

Unit Pendidikan Berterusan diwujudkan bertujuan untuk membantu membangunkan potensi kumpulan sasar komuniti setempat. Pelbagai kursus pendek yang dilaksanakan di kolej komuniti telah menyumbang kepada pengurangan jurang tenaga mahir yang dihadapi oleh industri melalui program peningkatan kemahiran dan latihan semula (upskilling and reskilling). Program ini bercirikan program terlanggan (customised programme) iaitu dilaksanakan dengan fleksibel untuk pekerja industri selaras dengan agenda Revolusi Industri 4.0. Antara kluster kursus yang dijalankan adalah sajian dan makanan, aplkasi komputer, grafik dan multimedia, elektrik, elektronik dan lain-lain.

Golongan sasaran ialah golongan miskin tegar, ibu tunggal, belia dan warga emas/ pesara, komuniti setempat, institusi pendidikan, kariah masjid, pusat tahfiz, agensi kerajaan dan swasta, lepasan sekolah, pelajar sekolah warga emas, Orang kurang Upaya (OKU), suri rumah dan lain-lain dengan ilmu kemahiran hidup dan teknikal serta keusahawan.