UNIT PEMBANGUNAN

Pengenalan

Unit Pembangunan berperanan meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada warga Kolej Komuniti Klang. Ini dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti yang dapat menjanjikan keindahan, keselesaan, kesihatan dan keselamatan persekitaran fizikal Kolej Komuniti Klang. Projek-projek pembangunan yang bersesuaian dilakukan secara berperingkat demi memenuhi keperluan semasa warga kolej.

 

Fungsi & Peranan

• Menyediakan perkhidmatan fasiliti terbaik kepada staf dan pelajar

• Merekabentuk dan mentadbir persekitaran kolej yang kondusif agar menyumbang kepada kecemerlangan akademik

• Menjalankan kerja-kerja penyenggaraan bagi seluruh kemudahan infrastruktur kolej

• Membaiki dan menyelenggara peralatan dan aset kerajaan