UNIT ICT

Pengenalan

Unit Teknologi Maklumat merupakan unit yang memainkan peranan penting dalam mentadbir serta mengemaskini sistem data dan rangkaian komputer di seluruh Kolej Komuniti Klang. Dalam era teknologi yang semakin berkembang pesat dan sentiasa berubah, unit ini sentiasa berusaha untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih mudah, cepat dan tepat berbantukan fasiliti ICT yang terkini.

 

Fungsi & Peranan

• Mengurus dan melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan komputer dan perkakasan serta sistem aplikasi kolej

• Merancang dan melaksanakan perolehan alat ganti, aset dan fasiliti ICT kolej

• Membangun, mentadbir serta mengemaskini sistem aplikasi, laman web rasmi dan Portal Kolej Komuniti Klang

• Mengurus pentadbiran server serta rangkaian kampus

• Mengurus penerimaan dan pengimplimentasian sistem baharu

• Merancang dan menguruskan perlaksanaan latihan ICT kepada staf