PEMBANGUNAN PELAJAR

Pengenalan

Unit Pembangunan Pelajar merupakan unit sokongan utama untuk mengendalikan urusan pelajar mengikut bidang tugas tertentu.

Fungsi & Peranan

Pengurusan Kebajikan Pelajar

a. Bantuan Kewangan

• Pelajar Kolej Komuniti yang layak akan ditawarkan Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK) dan pelajar boleh mendapatkan bantuan kewangan daripada pihak penaja atau pembiayaan lain seperti Yayasan Negeri , Baitulmal, Zakat Negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Elaun Khas Pelahar Kelainan Upaya (PKU), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan sebagainya tertakluk kepada peraturan dan syarat.

• Pelajar boleh mendapatkan bimbingan daripada pegawai Biasiswa mengenai tatacara dan maklumat untuk mendapatkan bantuan kewangan.

b. Insurans • Menguruskan Insurans Pelajar Kolej Komuniti Klang melalui Plan Keluarga Berkelompok

• Mengemukakan sebarang tuntutan yang berkaitan sekiranya berlaku apa-apa kejadian yang dilindungi dalam sijil insurans yang diambil

c. Kebajikan Am

• Menguruskan surat pengesahan pelajar untuk rawatan pelajar jika diperlukan

• Memaklumkan kematian dan kemalangan pelajar kepada pihak-pihak tertentu

• Menyediakan maklumat penginapan luar kampus kepada pelajar. Urusan di antara pemilik penginapan luar kampus dengan pelajar adalah tanggungjwab pelajar sendiri Pengurusan Disiplin Pelajar

• Menyediakan perancangan dan prosedur pengurusan disiplin

• Mengendalikan kes-kes tatatertib dan salah laku serta tatacara perbicaraan

• Pelajar Kolej Komuniti Klang tertakluk dibawah AKTA 174 ( Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976) Pengurusan Minggu Suai Kenal (MSK) o Menguruskan minggu suaikenal pelajar-pelajar baru Pengurusan Pendaftaran Kenderaan Pelajar o Menyediakan prosedur pendaftaran kenderaan pelajar Pengurusan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) o Sebagai Penasihat kepada Jawatankuasa Perwakilan Pelajar

 

Pengenalan Pengambilan

Unit Pengambilan dan Promosi diterajui oleh Pegawai Pengambilan yang melaksanakan urusan-urusan pengambilan pelajar, data pelajar dan melaksanakan aktiviti-aktiviti mempromosikan Kolej Komuniti Klang.

Fungsi & Peranan

• Pengambilan Pelajar Baharu

• Pendaftaran Pelajar Baharu dan Lapor Diri Pelajar Senior

• Permohonan Kad Pelajar

• Pertukaran Kursus dan Kolej Komuniti

• Penangguhan Semester

• Pengesahan Surat Pengajian Pelajar

• Pengesahan Pemberhentian Pengajian Pelajar

• Merekod dan Menyimpan Data Pelajar